Tuesday, 24 January 2017

Belajar AutoCAD pun boleh berjaya, Eh..boleh kaya...ada lah jugak something kan?

HAAH!!!

Jika anda sedang membaca artikel ini, saya tidak kekok untuk mengatakan bahawa ini bukan pertama kali anda pernah mendengar perkataan AutoCAD and maybe, maybe la, anda masih berminat untuk tahu lebih lanjut apa kemampuan AutoCAD dan apa yang anda akan peroleh jika terus menerus focus dalam menguasai AutoCAD. Jadi dalam artikel ini, saya terangkan lebih lanjut dan lebih details berkenaan kemampuan AutoCAD dan kuasanya dalam dunia lukisan professional digital. Professional tau!

MARI SAYA CERITA.....

Dalam dunia yang serba membangun, kadar pertaruhan untuk mendapatkan perkerjaan yang semakin meningkat menyebabkan kebanyakan anak muda di Malaysia sukar untuk mendapatkan perkerjaan walaupun mendapat keputusan yang amat cemerlang dalam pelajaran. 

HURMMM...TULAH KENAPE YE??

Hampir kesemua bidang di Malaysia yang menawarkan pendapatan yang mampu hidup sekalipun sukar untuk di tembusi oleh anak-anak muda, dan salah satu yang hangat di bincangkan sekarang adalah bidang kejuruteraan. Even-tho bidang kejuruteraan pesat membangun, akan tetapi dengan kos yang semakin meningkat menyebabkan pihak syarikat strict dalam memilih candidate untuk setai syarikat mereka. Dalam perbincangan bersama rakan-rakan yang sudah lama berkerja dalam bidang kejuruteraan, kebanyakan mereka mengatakan terlalu sukar untuk mendapatkan candidate yang mempunyai kemahiran essential yang syarikat mahukan. Jika kita lihat dari aspek mata kasar, kejuruteraan adalah satu bidang yang memerlukan kemahiran (hands on skill) , thinking and solving skills. Dengan perkembangan yang amat pesat dalam bidang kejuruteraan, kebanyakan syarikat lebih memilih candidate yang mempunyai kesemua kemahiranyan dinyatakan. Salah satu faktor yang menyebabkan mereka memilih adalah untuk mendapatkan penjimatan kos untuk melatih pekerja-pekerja yang belum ada kemahiran. Maka tidak hairanlah ramai yang masih mencari-cari pekerjaan pada masa ini.

WAU OKAY JADI CAMANE TU APE PERLU SY BUAT?

Jadi salah satu element yang amat diperlukan dalam sector engineering adalah kemampuan dalam mengendalikan aplikasi lukisan kejuruteraan, salah satunya adalah AutoCAD. Kebanyakan syarikat tidak semestinya mahukan candidate mahir untuk menggunakan AutoCAD sepenuhnya, akan tetapi apa yang mereka mahukan adalah candidate yang sekurang-kurangnya boleh memahami sesebuah lukisan kejuruteraan tersebut dan juga mampu untuk membuat sebarang minor changes pada lukisan kejuruteraann tersebut. Dengan adanya aplikasi seperti AutoCAD, kini hampir kesemua lukisan telah di buat secara digital untuk memudahkan semua pihak lebih faham dan jelas akan apa yang ingin di sampaikan oleh sebuah lukisan kejuruteraan itu. Jadi tidak hairanlah aplikasi AutoCAD amat crucial dalam menjayakan sesebuah projek malah kebolehan seseorang yang mampu untuk mengendalikan AutoCAD turut mempengaruhi dalam pemilihan semasa proses temuduga.

BETUL, BETUL BETUL....


530 job listing dalam Jobstreet.com dan semakin meningkat
Saya telah membuat satu research untuk melihat kadar permintaan candidate yang sekurangnya mahir dalam mengunakan autoCAD. Didapati terdapat tidak kurang 2000 job listing yang memerlukan candidate yang boleh menggunakan AutoCAD. Antara syarikat job listing yang saya gunakan untuk carian saya ini adalah jobstreet.com.my , indeed.com.my , dan my.jora.com,dimana  3 syarikat gergasi joblisting ini menunjukkan betapa permintaan dalam pekerjaan yang memerlukan AutoCAD adalah tidak mengecewakan. Cuma apa yang kurang sekarang adalah perkerja yang mahir dalam menggunakan AutoCAD. Begitu luas bidang yang memerlukan kemahiran AutoCAD seperti yang kita lihat dalam joblisting di website dan antara sector yang banyak memerlukan AutoCAD aldalah sector pembinaan, penghasilan product dan sector oil and gas dan ketiga-tiga sektor ini adalah sector yang sedang pesat membangun dan juga antara sector terbesar di Malaysia.Dalam erti kata lain, sector yang di sebut mampu memberikan hasil pulangan yang lumayan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan apa yang syarikat mahukan.

764 job listing dalam indeed.com.my dan semakin meningkat
748 job listing dalam my.jora.com dan semakin meningkat

WAU MENARIKKKK..

Dalam satu kajian yg saya buat di indeed.com.my untuk melihat pendapatan bagi yang hanya semata2 fokus dalam mengunakan AutoCAD, sebagai contoh seorang draftsman atau pelukis plan, mereka boleh mendapat pendapatan sekurang2 nya rm 66000 setahun, atau RM 5500 setiap bulan. Dan indeed.com.my juga mengatakan purata pendapatan bagi pekerjaan yang mengunakan AutoCAD adalah 15% lebih tinggi berbanding kerja-kerja lain yang ada di seluruh negara. Kita boleh lihat disini bahawa tidak rugi untuk kita belajar satu ilmu tambahan untuk sekurang2nya kita boleh mendapat pedapatan yang baik bagi menampung keperluan hidup pada masa kini.

Jadi apa yang boleh saya katakan adalah, AutoCAD sangat berguna untuk yang akan berkecimpung dan focus dalam bidang kejuruteraan. Tidak hairan lah kenapa ramai yang berpusu2 untuk mencari sedikit kemahiran kerana ianya bukan sahaja untuk menambah ilmu malah untuk mendapat pass ticket premier untuk berada dalam top shortlisted listing dalam interview. 

JADI APA PENDAPAT ANDA?



Jika anda membunyai sebarang pertanyaan, bantuan atau cadangan boleh hubungi saya di email shahmalfazzad@gmail.com. atau comment di bawah .TQ

Sekian

1 comment:

  1. Computer Aided Design (Cad) Specialist / Pakar (Cad): Belajar Autocad Pun Boleh Berjaya, Eh..Boleh Kaya...Ada Lah Jugak Something Kan? >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Computer Aided Design (Cad) Specialist / Pakar (Cad): Belajar Autocad Pun Boleh Berjaya, Eh..Boleh Kaya...Ada Lah Jugak Something Kan? >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Computer Aided Design (Cad) Specialist / Pakar (Cad): Belajar Autocad Pun Boleh Berjaya, Eh..Boleh Kaya...Ada Lah Jugak Something Kan? >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK F0

    ReplyDelete