Tuesday, 24 January 2017

Belajar AutoCAD pun boleh berjaya, Eh..boleh kaya...ada lah jugak something kan?

HAAH!!!

Jika anda sedang membaca artikel ini, saya tidak kekok untuk mengatakan bahawa ini bukan pertama kali anda pernah mendengar perkataan AutoCAD and maybe, maybe la, anda masih berminat untuk tahu lebih lanjut apa kemampuan AutoCAD dan apa yang anda akan peroleh jika terus menerus focus dalam menguasai AutoCAD. Jadi dalam artikel ini, saya terangkan lebih lanjut dan lebih details berkenaan kemampuan AutoCAD dan kuasanya dalam dunia lukisan professional digital. Professional tau!

MARI SAYA CERITA.....

Dalam dunia yang serba membangun, kadar pertaruhan untuk mendapatkan perkerjaan yang semakin meningkat menyebabkan kebanyakan anak muda di Malaysia sukar untuk mendapatkan perkerjaan walaupun mendapat keputusan yang amat cemerlang dalam pelajaran. 

HURMMM...TULAH KENAPE YE??

Hampir kesemua bidang di Malaysia yang menawarkan pendapatan yang mampu hidup sekalipun sukar untuk di tembusi oleh anak-anak muda, dan salah satu yang hangat di bincangkan sekarang adalah bidang kejuruteraan. Even-tho bidang kejuruteraan pesat membangun, akan tetapi dengan kos yang semakin meningkat menyebabkan pihak syarikat strict dalam memilih candidate untuk setai syarikat mereka. Dalam perbincangan bersama rakan-rakan yang sudah lama berkerja dalam bidang kejuruteraan, kebanyakan mereka mengatakan terlalu sukar untuk mendapatkan candidate yang mempunyai kemahiran essential yang syarikat mahukan. Jika kita lihat dari aspek mata kasar, kejuruteraan adalah satu bidang yang memerlukan kemahiran (hands on skill) , thinking and solving skills. Dengan perkembangan yang amat pesat dalam bidang kejuruteraan, kebanyakan syarikat lebih memilih candidate yang mempunyai kesemua kemahiranyan dinyatakan. Salah satu faktor yang menyebabkan mereka memilih adalah untuk mendapatkan penjimatan kos untuk melatih pekerja-pekerja yang belum ada kemahiran. Maka tidak hairanlah ramai yang masih mencari-cari pekerjaan pada masa ini.

WAU OKAY JADI CAMANE TU APE PERLU SY BUAT?

Jadi salah satu element yang amat diperlukan dalam sector engineering adalah kemampuan dalam mengendalikan aplikasi lukisan kejuruteraan, salah satunya adalah AutoCAD. Kebanyakan syarikat tidak semestinya mahukan candidate mahir untuk menggunakan AutoCAD sepenuhnya, akan tetapi apa yang mereka mahukan adalah candidate yang sekurang-kurangnya boleh memahami sesebuah lukisan kejuruteraan tersebut dan juga mampu untuk membuat sebarang minor changes pada lukisan kejuruteraann tersebut. Dengan adanya aplikasi seperti AutoCAD, kini hampir kesemua lukisan telah di buat secara digital untuk memudahkan semua pihak lebih faham dan jelas akan apa yang ingin di sampaikan oleh sebuah lukisan kejuruteraan itu. Jadi tidak hairanlah aplikasi AutoCAD amat crucial dalam menjayakan sesebuah projek malah kebolehan seseorang yang mampu untuk mengendalikan AutoCAD turut mempengaruhi dalam pemilihan semasa proses temuduga.

BETUL, BETUL BETUL....


530 job listing dalam Jobstreet.com dan semakin meningkat
Saya telah membuat satu research untuk melihat kadar permintaan candidate yang sekurangnya mahir dalam mengunakan autoCAD. Didapati terdapat tidak kurang 2000 job listing yang memerlukan candidate yang boleh menggunakan AutoCAD. Antara syarikat job listing yang saya gunakan untuk carian saya ini adalah jobstreet.com.my , indeed.com.my , dan my.jora.com,dimana  3 syarikat gergasi joblisting ini menunjukkan betapa permintaan dalam pekerjaan yang memerlukan AutoCAD adalah tidak mengecewakan. Cuma apa yang kurang sekarang adalah perkerja yang mahir dalam menggunakan AutoCAD. Begitu luas bidang yang memerlukan kemahiran AutoCAD seperti yang kita lihat dalam joblisting di website dan antara sector yang banyak memerlukan AutoCAD aldalah sector pembinaan, penghasilan product dan sector oil and gas dan ketiga-tiga sektor ini adalah sector yang sedang pesat membangun dan juga antara sector terbesar di Malaysia.Dalam erti kata lain, sector yang di sebut mampu memberikan hasil pulangan yang lumayan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan apa yang syarikat mahukan.

764 job listing dalam indeed.com.my dan semakin meningkat
748 job listing dalam my.jora.com dan semakin meningkat

WAU MENARIKKKK..

Dalam satu kajian yg saya buat di indeed.com.my untuk melihat pendapatan bagi yang hanya semata2 fokus dalam mengunakan AutoCAD, sebagai contoh seorang draftsman atau pelukis plan, mereka boleh mendapat pendapatan sekurang2 nya rm 66000 setahun, atau RM 5500 setiap bulan. Dan indeed.com.my juga mengatakan purata pendapatan bagi pekerjaan yang mengunakan AutoCAD adalah 15% lebih tinggi berbanding kerja-kerja lain yang ada di seluruh negara. Kita boleh lihat disini bahawa tidak rugi untuk kita belajar satu ilmu tambahan untuk sekurang2nya kita boleh mendapat pedapatan yang baik bagi menampung keperluan hidup pada masa kini.

Jadi apa yang boleh saya katakan adalah, AutoCAD sangat berguna untuk yang akan berkecimpung dan focus dalam bidang kejuruteraan. Tidak hairan lah kenapa ramai yang berpusu2 untuk mencari sedikit kemahiran kerana ianya bukan sahaja untuk menambah ilmu malah untuk mendapat pass ticket premier untuk berada dalam top shortlisted listing dalam interview. 

JADI APA PENDAPAT ANDA?



Jika anda membunyai sebarang pertanyaan, bantuan atau cadangan boleh hubungi saya di email shahmalfazzad@gmail.com. atau comment di bawah .TQ

Sekian

Thursday, 5 January 2017

ASEAN SKILL COMPETITION 2016

Salam semua and a very good day to all of you,


Apa habaq semua. Bertemu kita lagi. Pada entri kali ini sy nak ajak anda semua untuk kenal tentang satu pertandingan yang sangat berprestig tapi mungkin kebanyakan kita tak kenal iaitu tentang
ASEAN Skill Competition atau World Skills ASEAN

Apa itu Asean Skill Competition??

Haah ape tu.....

ASEAN SKILL COMPETITION atau PERTANDINGAN KEMAHIRAN ASEAN (ASC) telah ditubuhkan pada tahun 1993 dimana pertandingan akan di langsungkan untuk setiap dua tahun sekali dan bergilir-gilir di kalangan negara-negara anggota Asean. 

Nak tahu apa itu negara- negara asean boleh rujuk 
http://ilmupengetahuanumum.com/profil-10-negara-anggota-asean/

Matlamat utama pertandingan adalah untuk menggalakkan dan meningkatkan taraf kemahiran di rantau asia ini dan seterusnya ke tahap antarabangsa dimana matlamat pertandingan peringkat asean ini juga untuk menguji sejauh mana pencapaian wakil- wakil belia negara asean ini sebelum bertanding di peringkat dunia yang dikenali sebagai World Skills Competition. Ia juga merupakan landasan kepada belia negara untuk bertanding, mendapat pengiktirafan, memperolehi peluang untuk menonjolkan bakat kemahiran di peringkat ASEAN. ASC disertai oleh belia yang berumur 17 hingga 22 tahun dan berkemahiran dalam bidang yang berkaitan. Sehingga kini terdapat 10 buah negara asean yang mengambil bahagian dalam 21 bidang kemahiran yang di pertandingkan dimana ianya memfokuskan kepada pendidikan dan kemahiran vokasional. 

Apa kebaikan pertandingan ASC ini??

Haah, bagus ke join ASC ni?


ASC adalah satu pertandingan yang akan menguji tahap dan kualiti kemahiran kita dalam beberapa cabaran yang telah dilihat sebagai core atau keperluan dalam sektor perindustrian. Kita dapat melihat kemahiran- kemahiran yang amat diperlukan pada masa kini dan kebanyakan sektor perindustrian telah melihat ASC sebagai salah satu cabang untuk memperkembangkan business mereka. Kebanyakan perserta ASC juga telah dilatih dan di bimbing oleh pakar- pakar yang dilantik dari industri yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang mereka. Jadi tidak heran lah jika Malaysia juga telah menjadi juara keseluruhan untuk petandingan ASC yang baru- baru ini.

                                           Malaysia jadi juara keseluruhan??



Yessszzaaa, Pada tanggal 19 hingga 29 september 2016 yang lalu, Malaysia dengan bangganya telah menjadi tuan rumah untuk SKILL COMPETITION bagi peringkat asean kali ke 11 di Maeps Serdang Selangor dengan tema pertandingan “Skills For A Brighter Future” Malaysia sekaligus turut memenangi juara keseluruhan dalam pertandingan ASC baru-baru ini. 

                                  Apa yang dipertandingkan semasa ASC??


Tedapat 24 bidang yang dipertandingkan pada kejohanan kalini dan ianya sentiasa bertambah mengikut keperluan masa kini. Setiap bidang mempunyai kriteria yang tersendiri yang harus di capai oleh peserta. Apa yang menarik adalah bidang-bidang yang dipertandingkan sangatlah unik dan memerlukan skill tertentu yang tidak semua boleh lakukan tanpa usaha dan keinginan yang tinggi. Antara bidang-bidang yang dipertandingkan di Asean Skill competition adalah 

Skills Area
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24

Dan berikut adalah keputusan pada ASC ke 11 di Maeps, Serdang tempoh lalu.

Perbandingan keputusan antara negara – negara bertanding pada ASC ke 11 di Maeps Serdang.
Negara
Bilangan Peserta
EMAS
PERAK
GANGSA
Medallion for Excellence
MALAYSIA  
44
24
4
5
6
INDONESIA
38
13
2
7
14
VIETNAM
40
7
5
4
15
THAILAND
30
5
1
7
12
SINGAPORE
32
3
1
7
8
PHILIPPINES
22
1
1
4
6
CAMBODIA
12
0
0
1
3
LOAS 
13
0
0
0
2
MYANMAR
12
0
0
0
2

Kita dapat melihat dimana tahap negara kita dalam pertandingan ini. Tidak dinafikan lagi Malaysia antara negara yang digeruni dalam memperkasakan bidang kemahiran. Kita dilihat mempunyai tahap kemahiran yang tinggi setandingg negara- negara asean lain dan sepatutnya pihak yang bertanggungjawap dapat melihat pertandingan ini sebagai langkah dalam memajukan sektor industri. Seharusnya belia- belia hasil dari pertandingan ini di asah dan di beri ilmu pengetahuan yang cukup agar kemahiran mereka tidak di sia- siakan sebegitu sahaja.

                                               Bagaimana nak join ASC ??


Jom adik2 semua yang berminat join untuk jadi wakil Malaysia!!!


Malaysia telah mengambil inisiatif dalam mengetengahkan bakat-bakat anak muda yang ada di negara kita dengan menubuhkan beberapa pertandingan kemahiran untuk mencari wakil dalam pertandingan di peringkat Asean dan juga Dunia. anda boleh layari website di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.


World Skill Malaysia Belia (WSMB)

http://www.skillsmalaysia.gov.my/competitions/pertandingan-kemahiran-malaysia-pkm/


World Skill Malaysia Pengajar (WSMP)

http://www.skillsmalaysia.gov.my/competitions/myskills/

ASC adalah satu pencapaian terbesar di kalangan negara ASEAN yang benar-benar mencerminkan industri global. Pesaing dalam pertandingan ASC merupakan yang terbaik yang telah dipilih dari pertandingan kemahiran di negara masing-masing. Mereka menunjukkan kebolehan teknikal secara individu dan secara kolektif untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu yang mana mereka peroleh semasa belajar atau semasa melakukannya di tempat kerja mereka. 

Salah satu matlamat utama Pertandingan Kemahiran ASEAN adalah untuk memberi gambaran yang jelas dimana ASC adalah sebagai sebuah sektor pendidikan profesional yang menjadi satu cabang dalam mentransformasi sosioekonomi negara. Pertandingan ASC juga menjadi medium untuk kepada sektor industri, kerajaan dan pendidikan sebagai satu peluang untuk bertukar-tukar maklumat dan perancangan terbaik mengenai industri dan pendidikan profesional. Idea dan proses baru yang sentiasa di wujudkan dalam setiap pertandingan ASC memberi inspirasi kepada belia di usia sekolah untuk mendedikasikan diri mereka untuk kerjaya teknikal dan teknologi dan arah untuk masa depan yang lebih baik.


Antara shot menarik sepanjang ASC 2016