Wednesday, 14 September 2016

Jom kenali perisian atau software AutoCAD






AutoCAD


PENGENALAN


Salam kawan2 salam perkenalan.!! hangpa dah makan?? dah jangan tido pulak nanti sayur jadinya!! jadi hari ni sy nak ceritakan sikit pasal software atau perisian yang dikenali sebagai AUTOCAD.

Perisisian AutoCAD adalah sebuah perisian komersial yg terkenal di seluruh dunia. Dimana ia terkenal sejak dari awal penghasilannya pada tahun 1982 iaitu 33 tahun dahulu. AutoCAD adalah sebuah perisian untuk menghasilkan lukisan kejuruteraan yang lebih teratur, mudah difahami dan lebih cantik!! dari lukisan kejuruteraan kaedah lama yg menggunakan lukisan tangan.



Kaedah lukisan tangan perlu menggunakan pebagai alat bantuan untuk menghasilkan sesebuah lukisan yang cantik seakan2 lukisan dari AutoCAD. Akan tetapi untuk menghasilkan lukisan yang lebih sukar, teliti dan lebih tepat, AutoCAD perlu digunakan untuk mendapatkan hasil2 tersebut. Pada asalnya AutoCAD di cipta untuk memudahkan para jurutera, arkitek, pelukis grafik dan yang seangkatan dengannya, tetapi hari ini ianya dihasilkan jugak untuk kemudahan segala jenis pekerjaan kerana aplikasinya yg lebih menarik dan user friendly.


Kestabilan peranti AutoCAD ini adalah sangat mengagumkan kerana terdapat pelbagai syarikat di luar sana yang cuba untuk menghasilkan peranti yang seakan2 sama (copycat) tetapi sukar untuk mendapatkan kestabilan seperti perisian AutoCAD. Sememangnye AutoCAD ini adalah satu2nya software terbaik yang dihasilkan oleh AUTODESK(syarikat yg menghasilkan AutoCAD) dan juga di dunia.

KENAPA PERLU KENAL AUTOCAD


AutoCAD merupakan sebuah perisian yang sangat berguna terutama bagi seseorang yang akan menghasilkan karya kejuruteraan. Karya yang dihasilkan akan memudahkan industri pembinaan untuk mempercepatkan proses pembangunan atau penghasilan. ini kerana info yang terdapat dalam sesebuah lukisan dari AutoCAD sangatlah tepat dan jarang sekali berlaku masalah semasa proses pembinaan sedang dijalankan.

Di sebabkan hasil yang sangat mengagumkan dari lukisan AutoCAD itu, hampir semua syarikat di Malaysia menggunakan perisian AutoCAD sebagai medium untuk membantu syarikat mereka. Disebabkan itu juga setiap syarikat yang terkesan dengan kemampuan AutoCAD, kebanyak syarikat akan melabur dengan begitu banyak untuk mendapatkan perisian autocad dan juga pengguna yang mahir dalam menggunakan AutoCAD. Antara syarikat tekemuka di Malaysia yang menggunakan AutoCAD sebagai platform utama mereka adalah Petronas, Shell, Technip, Nestle, Sapura Kencana, Proton, Perodua dan banyak lagi syarikat sedang menggunakan AutoCAD dengan pesatnya semasa kita sedang berbicara tentang ini.

Oleh kerana bidang AutoCAD ni sangat meluas digunakan di pelbagai syarikat seluruh dunia, kita seharusnya mengambil peluang ini untuk lebih mendekati dan mempelajari cara menggunakan AutoCAD ini. Ini secara tidak langsung akan lebih merapatkan jurang keupayaan kita dengan arus teknologi terkini yang sangat pesat membangun. Kita juga akan membuka peluang kerjaya yang lebih baik dan lebih mudah untuk kita terokai pasaran yg lebih global. Ini kerana setiap syarikat terkenal banyak menggunakan perisian AutoCAD dalam bidang2 pakar mereka, justeru itu kita juga harus memastikan yang diri kita lebih berdaya saing dan lebih mahir dengan perisian AutoCAD supaya kita akan lebih mudah untuk menyerlah dan lebih kehadapan dari pesaing yang lain.

NAK TRY AUTOCAD WAJIB ADA RIBUAN RINGGIT??

TIDAK SAMA SEKALI!!


Hampir setiap syarikat berdaftar di dalam Malaysia mahupun di seluruh dunia pasti akan menggunakan perisian AutoCAD. Oleh kerana perisian AutoCAD sangat pesat membangun, Autodesk sangat berbesar hati untuk memberikan perisian AutoCAD secara PERCUMA!!

AutoCAD secara percuma ini boleh di download sendiri dilaman web yang tertera di bawah.

http://www.autodesk.com/education/free-software/autocad

Jadi jom sama2 kita belajar menggunakan AutoCAD. Jom majukan diri dengan skill yg sangat berguna untuk menambahkan pengetahuan kita. :P

Bermulalah dari sekarang agar kesenangan akan terang pada masa akan datang.





Untuk post yang seterusnya saya akan ajarkan bagaimana cara untuk register dan download perisian AutoCAD dan apakah kemampuan PC atau komputer yang anda perlu ada untuk make sure perisian AutoCAD ini berjalan dengan lancar. Anda juga boleh comment di bawah atau emailkan sebarang maklum balas kepada saya jika terdapat sebarang masalah untuk download perisian AutoCAD ini.


1 comment:

  1. Computer Aided Design (Cad) Specialist / Pakar (Cad): Jom Kenali Perisian Atau Software Autocad >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Computer Aided Design (Cad) Specialist / Pakar (Cad): Jom Kenali Perisian Atau Software Autocad >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Computer Aided Design (Cad) Specialist / Pakar (Cad): Jom Kenali Perisian Atau Software Autocad >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK Te

    ReplyDelete