Sunday, 18 September 2016

Tatacara muat turun perisian AutoCAD / Steps to download AutoCAD software

PENGENALAN


Salam, Hi and Hello,

Good Morning everyone!! hows your day? eyh? iam very good mate! yes. serba sedikit loghat Ausie (Australia) untuk menghiburkan pagi anda. dan yes SELAMAT PAGI SEMUA!!!! ^__^

So di entry kali ini sy akan menerangkan cara2 untuk anda dapatkan license AutoCAD untuk kegunaan anda sendiri okay, lengkap dengan gambar dan arahan mudah untuk anda follow. Apa yang menarik dam entry ini adalah anda akan kembali kezaman silam anda dan menjadi muda semula hokayyy!!! sebabnya adalah software AutoCAD yang akan anda download adalah versi student (pelajar) atau student license (lesen pelajar) jadi, sila ambil perhatian. So jom sama2 kita guna autocad lepas ni ohyeah!

AUTOCAD STUDENT VERSION / AUTOCAD VERSI PELAJAR


So berbalik kepada tajuk di atas, kenapa perlu dapatkan student version? kenapa x boleh dapatkan yang normal version? Ni sebabnya. Kesemua Autodesk software termasuklah AutoCAD terbahagi kepada 3 versions (yg sy tau lah). AutoCAD commercial version, AutoCAD not for resale (NFR) version dan AutoCAD Education version.

Commercial version :-
Versi ini merujuk kepada pengguna global iaitu penggunaan untuk meraut keuntungan. Kebanyakan sektor2 industri, kilang2, company2 yang menjalankan perniagaan akan menggunakan versi ini dimana mereka harus membayar amount yang di tetapkan untuk mendapatkan software AutoCAD.

NFR version :-
Versi ini di gunakan untuk lebih kepada mempromosi bidang2 yang terdapat dalam company Autodesk. Versi ini di gunakan oleh staf Autodesk sendiri atau wakil2 sah Autodesk.

Student version ;-
Versi ini nama pun kita sudah maklum khas untuk pelajar2 diluar sana yang ingin mencuba software2 yang di hasilkan oleh Autodesk.

APA BEZA KETIGA2 VERSI NI?


Dari segi keupayaan, ketiga2 versi ini memang tiada beza. Sebagai contoh jika kita cuba software AutoCAD commercial version , AutoCAD NFR version dan AutoCAD student version, segala perincian, tools2, applikasi, cara penggunaan adalah sama. Apa yang membezakan ketiga2 versi ini adalah license nya. Jika anda menggunakan license secara salah, sebagai  contoh anda menggunakan student version untuk mengaut keuntungan, ini akan menyebabkan anda boleh di dakwa oleh Autodesk dan akan menyebabkan anda didenda. HAA! AYOK! jadi behati2 lah ye. Jangan salah guna tau. 


LANGKAH - LANGKAH MUATURUN AUTOCAD STUDENT VERSION (AUTOCAD VERSI PELAJAR)


1. SEARCH DALAM GOOGLE "AUTOCAD DOWNLOAD"


Sebaik2nya anda menggunkan web browser google untuk mendapatkan software ini kerana sistemnya agak stabil untuk muat turun software AutoCAD ini. Anda pergi ke search bar google dan type AUTOCAD DOWNLOAD. Anda akan nampak carian pertama iaitu AutoCAD free download dan anda click di situ.



2. TEKAN "CREATE ACCOUNT" REGISTER / DAFTAR DAHULU





3. ISI MAKLUMAT WARGANEGARA, PERANAN SEBAGAI STUDENT / PELAJAR DAN TARIKH LAHIR


Untuk maklumat ini anda masukkan warganegara Malaysia. Letakkan diri anda sebagai student. Akhir sekali masukkan tarikh lahir anda. Kemudian tekan NEXT.

P/S : Kenapa kena letak peranan sebagai student? Peranan student lebih mudah process untuk register. Jika peranan lain yang di gunakan, lebih banyak maklumat yang di minta dan menyukarkan untuk mendaftar.

Maklumat berkenaan role / peranan:


  • IT ADMINISTRATOR ATAU PENTADBIR IT :- seorang pekerja atau kontraktor bebas yang bertanggungjawab bagi pelesenan dan memasang perisian untuk Institusi Pendidikan yang layak.



  • EDUCATOR / PENDIDIK / GURU / PENSYARAH :- seorang pekerja atau kontraktor bebas yg bekerja untuk sebuah Institusi Pendidikan yang layak.

  • PELAJAR ATAU STUDENT :- seseorang individu mendaftar sebagai pelajar di Institusi Pendidikan yang layak.

  • MENTOR :- adalah seorang individu yang memberi panduan, nasihat, bimbingan, atau pengajaran kepada peserta yang terlibat dalam pertandingan reka bentuk yang di taja Autodesk beserta bukti status. Peserta adalah seorang pelajar atau individu yang didaftarkan dan diluluskan oleh penganjur pertandingan reka bentuk sebagai peserta pertandingan beserta bukti status. Senarai pertandingan Autodesk tajaan boleh didlihat di Community Education atau laman sesawang http://www.autodesk.com/education/competitions-and-events/allcompetitions.


4. MAKLUMAT DIRI PAGE KEDUA


Isi kan nama pertama dan nama kedua anda. masukkan Email yg sah. Letakkan password yg sesuai. Anda boleh abaikan tick yang pertama anda anda tidak mahu sebarang maklumat dari autodesk masuk ke email anda. Untuk tick kedua adalah wajib untuk terma dan syarat2. Dan tekan SIGN UP



5. SEMAK EMAIL UNTUK VERIFICATION



6. TEKAN LINK DALAM EMAIL "VERIFY EMAIL"UNTUK SAHKAN EMAIL ANDA





7. CANTIK!! AKAUN TELAH DI SAHKAN YAHOO!!! CLICK BUTANG DONE


8. ISIKAN MAKLUMAT INSTITUSI


Maklumat institusi boleh letak maklumat institusi yang anda belajar sekarang atau bagi yang telah tamat belajar boleh letak mklumat institusi terdahulu. Jika tiada institusi yang tersenarai, sila tekan list I CANT FIND MY EDUCATIONAL INSTITUTION. Isikan maklumat yang diminta kemudian Click butang NEXT



9. ANDA AKAN TERIMA PAGE SEPERTI INI, TEKAN BUTAN DONE


10. AUTOMATIK KEMBALI KEPADA PAGE ASAL AUTODESK DOWNLOAD.


Kelihatan butang untuk download now telah tersedia. Anda boleh tekan butang DOWNLOAD NOW.




11. LICENSE UNTUK INSTALL


Anda akan di arahkan ke page ini. Seterusnya anda akan masukkan maklumat seperti di bawah. Anda boleh pilih AutoCAD keluaran dari tahun 2014 sehingga ke 2017. Sebaik2nya pilih keluaran yang paling terkini dan buat masa ini keluaran yang terbaru adalah 2017. kemudian pilih sistem komputer anda samaada 64 bit atau 32 bit. Anda boleh semak sistem komputer anda dengan right click di my computer dan cari Properties. Setelah pilih bahasa, semua details untuk anda install autocad akn tersedia seperti di bawah. Dan anda boleh tekan butang INSTALL NOW.



12. PILIH DOWNLOAD NOW


Sebaik2nya plih download now untuk memudahkan anda simpan installer untuk proses kemaskini kelak.




13. APLIKASI DOWNLOAD MANAGER


Selepas anda clik butang download now, satu applikasi di panggil Autodesk download manager akan di muat turun secara automatik. 



14. INSTALL DOWNLOAD MANAGER




15. LULUSKAN EXTERNAL PROTOCOL UNTUK GOOGLE CHROME


Tekan butang "LUNCH APPLICATION"



16.  AUTOCAD YANG SIAP DOWNLOAD UNTUK MEMULAKAN PROCESS INSTALL





17. AUTOCAD SIAP UNTUK INSTALL!!


Jika anda terima file ini dalam download folder anda, bermakna iayna telah tersedia untuk mulakan proses installation.

So itulah serba ringkas proses untuk anda daftar sehingga muat turun applikasi AutoCAD untuk kegunaan anda.Jadi sekarang kita tunggu sehingga AutoCAD kita berjaya di download dalam beberapa minit lagi, bergantung juga kepada kelajuan internet anda. Untuk entry yang seterusnya sy akan tunjukan bagaimana cara untuk install AutoCAD software kedalam komputer anda. 

Jika ada sebarang masalah untuk anda download sila email kan kepada saya atau comment di bawah untuk pertanyaan. Jadi GOOD LUCK ^__^

Wednesday, 14 September 2016

Jom kenali perisian atau software AutoCAD






AutoCAD


PENGENALAN


Salam kawan2 salam perkenalan.!! hangpa dah makan?? dah jangan tido pulak nanti sayur jadinya!! jadi hari ni sy nak ceritakan sikit pasal software atau perisian yang dikenali sebagai AUTOCAD.

Perisisian AutoCAD adalah sebuah perisian komersial yg terkenal di seluruh dunia. Dimana ia terkenal sejak dari awal penghasilannya pada tahun 1982 iaitu 33 tahun dahulu. AutoCAD adalah sebuah perisian untuk menghasilkan lukisan kejuruteraan yang lebih teratur, mudah difahami dan lebih cantik!! dari lukisan kejuruteraan kaedah lama yg menggunakan lukisan tangan.



Kaedah lukisan tangan perlu menggunakan pebagai alat bantuan untuk menghasilkan sesebuah lukisan yang cantik seakan2 lukisan dari AutoCAD. Akan tetapi untuk menghasilkan lukisan yang lebih sukar, teliti dan lebih tepat, AutoCAD perlu digunakan untuk mendapatkan hasil2 tersebut. Pada asalnya AutoCAD di cipta untuk memudahkan para jurutera, arkitek, pelukis grafik dan yang seangkatan dengannya, tetapi hari ini ianya dihasilkan jugak untuk kemudahan segala jenis pekerjaan kerana aplikasinya yg lebih menarik dan user friendly.


Kestabilan peranti AutoCAD ini adalah sangat mengagumkan kerana terdapat pelbagai syarikat di luar sana yang cuba untuk menghasilkan peranti yang seakan2 sama (copycat) tetapi sukar untuk mendapatkan kestabilan seperti perisian AutoCAD. Sememangnye AutoCAD ini adalah satu2nya software terbaik yang dihasilkan oleh AUTODESK(syarikat yg menghasilkan AutoCAD) dan juga di dunia.

KENAPA PERLU KENAL AUTOCAD


AutoCAD merupakan sebuah perisian yang sangat berguna terutama bagi seseorang yang akan menghasilkan karya kejuruteraan. Karya yang dihasilkan akan memudahkan industri pembinaan untuk mempercepatkan proses pembangunan atau penghasilan. ini kerana info yang terdapat dalam sesebuah lukisan dari AutoCAD sangatlah tepat dan jarang sekali berlaku masalah semasa proses pembinaan sedang dijalankan.

Di sebabkan hasil yang sangat mengagumkan dari lukisan AutoCAD itu, hampir semua syarikat di Malaysia menggunakan perisian AutoCAD sebagai medium untuk membantu syarikat mereka. Disebabkan itu juga setiap syarikat yang terkesan dengan kemampuan AutoCAD, kebanyak syarikat akan melabur dengan begitu banyak untuk mendapatkan perisian autocad dan juga pengguna yang mahir dalam menggunakan AutoCAD. Antara syarikat tekemuka di Malaysia yang menggunakan AutoCAD sebagai platform utama mereka adalah Petronas, Shell, Technip, Nestle, Sapura Kencana, Proton, Perodua dan banyak lagi syarikat sedang menggunakan AutoCAD dengan pesatnya semasa kita sedang berbicara tentang ini.

Oleh kerana bidang AutoCAD ni sangat meluas digunakan di pelbagai syarikat seluruh dunia, kita seharusnya mengambil peluang ini untuk lebih mendekati dan mempelajari cara menggunakan AutoCAD ini. Ini secara tidak langsung akan lebih merapatkan jurang keupayaan kita dengan arus teknologi terkini yang sangat pesat membangun. Kita juga akan membuka peluang kerjaya yang lebih baik dan lebih mudah untuk kita terokai pasaran yg lebih global. Ini kerana setiap syarikat terkenal banyak menggunakan perisian AutoCAD dalam bidang2 pakar mereka, justeru itu kita juga harus memastikan yang diri kita lebih berdaya saing dan lebih mahir dengan perisian AutoCAD supaya kita akan lebih mudah untuk menyerlah dan lebih kehadapan dari pesaing yang lain.

NAK TRY AUTOCAD WAJIB ADA RIBUAN RINGGIT??

TIDAK SAMA SEKALI!!


Hampir setiap syarikat berdaftar di dalam Malaysia mahupun di seluruh dunia pasti akan menggunakan perisian AutoCAD. Oleh kerana perisian AutoCAD sangat pesat membangun, Autodesk sangat berbesar hati untuk memberikan perisian AutoCAD secara PERCUMA!!

AutoCAD secara percuma ini boleh di download sendiri dilaman web yang tertera di bawah.

http://www.autodesk.com/education/free-software/autocad

Jadi jom sama2 kita belajar menggunakan AutoCAD. Jom majukan diri dengan skill yg sangat berguna untuk menambahkan pengetahuan kita. :P

Bermulalah dari sekarang agar kesenangan akan terang pada masa akan datang.





Untuk post yang seterusnya saya akan ajarkan bagaimana cara untuk register dan download perisian AutoCAD dan apakah kemampuan PC atau komputer yang anda perlu ada untuk make sure perisian AutoCAD ini berjalan dengan lancar. Anda juga boleh comment di bawah atau emailkan sebarang maklum balas kepada saya jika terdapat sebarang masalah untuk download perisian AutoCAD ini.